KUALA LUMPUR: Industri perlombongan nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) dan pengasingan kuasa Kementerian Kewangan di bawah tata kelola kerajaan menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, isu berhubung perancangan kerajaan dalam memastikan industri perlombongan NRREE tidak meninggalkan kesan terhadap kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada penduduk dikemukakan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) pada sesi soal jawab.
Pada sesi sama, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) bertanyakan kepada Menteri Ekonomi mengenai perincian pengasingan kuasa Kementerian Kewangan di bawah tata kelola Kerajaan MADANI, iaitu sama ada Perbelanjaan Pembangunan (DE) di bawah Menteri Ekonomi dan Perbelanjaan Mengurus (OE) di bawah Menteri Kewangan.
Wong Chen (PH-Subang) pula bertanyakan status rundingan bagi semua Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Penggalakan dan Perlindungan Pelaburan iaitu Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) atau Perjanjian Pelaburan Dua Hala (BIT) kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Wong turut bertanyakan mengenai proses perundingan, mekanisme dan jangka masa perundingan untuk perjanjian-perjanjian berkenaan.
Selain itu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengajukan soalan kepada Menteri Ekonomi mengenai projek strategik dan inisiatif dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang dilancarkan pada 27 Julai lepas bagi Malaysia mencapai sasaran 70 peratus tenaga diperbaharu menjelang 2050.
Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian berkaitan.
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt lepas hingga 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Selesai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa kementerian berkaitan. - Gambar hiasan
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China.
Hubungan komprehensif 68 tahun Malaysia-Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ucaptama pada sesi pertama dan hari pertama, Persidangan Nikkei 2024 pada Khamis.
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Tayar lori tercabut, lelaki dalam kereta tersepit
Seorang lelaki tersepit dalam kereta dipandunya yang remuk akibat terkena tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim berhampiran Istana Negara di sini, kelmarin.
[TERKINI] Diskaun saman 50 peratus pada Sabtu dan Ahad di Dataran Pahlawan
Faisal Halim dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata doctor pakar akan menjalankan pemerhatian ke atas Faisal atau terkenal dengan jolokan 'Mickey' pada esok.
#AWANI745
#AWANI745
Faisal Halim dijangka kembali beraksi 3 hingga 6 bulan lagi
Faisal Halim dijangka dapat beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada proses pemulihan yang akan dilaluinya.
#AWANI745
#AWANI745
Jaminan keselamatan makanan untuk hidangan kepada 31,600 jemaah
Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memastikan penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia memenuhi kriteria serta syarat ditetapkan dan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan, penyajian sehingga penghantaran.
#AWANI745
#AWANI745
Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry
Malaysia dianggap antara negara yang terkedepan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai 600 ribu ringgit.
#AWANI745
#AWANI745
M Nasir akui pernah putus asa, kecewa industri seni tempatan tidak sebaris Korea Selatan
Kata M Nasir, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada di tahap sekarang.
Akta Sewaan Kediaman perlu digubal segera bagi pelihara hak pemilik, penyewa
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan hari ini meminta kerajaan menggubal Akta Sewaan Kediaman dengan segera bagi memastikan hak pemilik kediaman dan penyewa sentiasa terpelihara di negara ini.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.